Apakah anggapan seseorang jika melihat seorang kanak-kanak mahupun bayi yang terlalu aktif? Ramai orang mengatakan kanak-kanak pada zaman moden kini terlalu aktif sehingga mereka tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama. Masalah ini sebenarnya bukan berpunca daripada ibu bapa yang tidak pandai mengawal tingkahlaku kanak-kanak tersebut tetapi ianya adalah disebabkan oleh masalah ADHD yang lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.
Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan dan terlalu aktif berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakan ibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak-anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa.
Namun, sebelum ibu bapa membuat sebarang kesimpulan untuk memastikan samaada anak-anak mereka tergolong dalam kanak-kanak yang menghadapi gangguan ADHD, mereka hendaklah meminta pendapat kawan-kawan dan seharusnya menjalankan beberapa ujian ringkas untuk melihat reaksi anak-anak mereka. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan mudah terganggu dan hilang fokus serta menjadi terlalu aktif. Jika anak-anak mereka berterusan menunjukkan simptom-simptom masalah ADHD, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak tersebut berjumpa doktor pakar untuk tindakan selanjutnya.
Ibu bapa yang mesti menjaga kanak-kanak ADHD sememangnya menghadapi situasi yang sangat mencabar dan menguji kesabaran mereka. Walaubagaimanapun, setiap ibu bapa perlulah faham bahawa mereka perlu sentiasa berada di sisi anak-anak mereka kerana kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang di sekeliling mereka. Kanak-kanak ADHD sentiasa menghadapi tekanan terutamanya daripada rakan sebaya sama-ada semasa berada di sekolah mahupun semasa bermain di taman permainan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka akan apa itu ADHD dan mengapa kanak-kanak tersebut boleh menghidapinya. Kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak ADHD ini perlulah memahami apa itu ADHD dan jika perlu sertai sesi kaunseling bersama-sama.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh mahupun menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah menghadapi gangguan tingkahlaku. Oleh itu, ibu bapa yang baik perlulah memberi perhatian yang istimewa kepada kanak-kanak seperti ini. Tindakan seperti memarahi dan menengking kanak-kanak ADHD bukanlah satu tindakan yang bijak. Tindakan seperti ini hanya akan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka dan sekaligus akan menjarakkan lagi jurang antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini memberikan kesan yang buruk kepada diri kanak-kanak tersebut dan perkembangan mereka juga akan turut terbantut.
Perilaku hiperaktif atau ADHD dapat dilihat melalui personaliti, perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak yang menghidapinya. Samaada normal ataupun tidak, perilaku kanak-kanak normal bergantung pada perkembangan sosial dan dan perangainya yang sesuai dengan usia mereka. Jika perilaku mereka tidak sesuai dengan usia mereka, mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Kadang-kala perilaku kanak-kanak ini tidak dapat dilihat di rumah. Namun, di pusat-pusat perubatan, doktor dapat mengesan gejala dan tanda-tanda perilaku hiperaktif tersebut.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda dan gejala perilaku kanak-kanak hiperaktif :-
- Perasaan kegelisahan terus-menerus.
- Sentiasa belari dan memanjat sana-sini.
- Terlalu banyak bercakap.
- Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama.
- Suka menganggu orang lain.
- Tidak suka mengikut barisan atau menunggu. Selalu memotong barisan.
- Sentisa kehilangan barang-barang seperti pensil, pemadam dan sebagainya.
- Tidak menumpukan perhatian.
- Seorang yang pelupa.
- Sentiasa nampak tidak terurus atau selekeh.
- Selalu mengikut gerak hati untuk melalukan sesuatu.
Gejala ADHD terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:-
1. Kekurangan perhatian
Hiperaktif
Impulsif atau lampauja.
Kanak-kanak ADHD kebanyakannya dari kumpulan kekurangan perhatian dan selebihnya mungkin mempunyai kombinasi beberapa jenis. Mereka yang tergolong dalam kekurangan perhatian ini lazimnya kurang mengganggu dan lebih cenderung untuk tidak didiagnos dengan ADHD. Ia boleh dijelaskan seperti yang berikut:-
- Kekurangan perhatian
- Gagal untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah.
- Mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain.
- Sukar untuk memberi perhatian atau mendengar apabila bercakap secara langsung.
- Tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah.
- Mempunyai kesukaran mengatur tugas dan aktiviti.
- Mengelak atau tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara berterusan seperti kerja sekolah.
- Sering kehilangan mainan, tugasan, pensil, buku, atau alat-alat yang diperlukan untuk kerja-kerja atau aktiviti.
- Mudah terganggu.
- Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti.
- Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama.
- Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain.
- Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.
2. Hiperaktif
- Selalu bermain-main dengan tangan atau kaki.
- Meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya.
- Berjalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai.
- Kesukaran bermain secara senyap-senyap.
- Sentiasa bergerak dan bertindak seolah-olah “dipacu oleh motor” dan bercakap berlebihan.
- Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
- Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas.
· Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa
kelihatan kekok.
· Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap.
· Selalu banyak bercakap.
· Sering bergerak cergas.
3. Lampauja
- Memberi jawapan sebelum soalan selesai ditanya.
- Mengalami kesukaran menunggu giliran.
- Menyampuk atau mengganggu orang lain.
· Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
Kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan perilaku hiperaktif dan masalah kurang memberi tumpuan serentak. Ini dipangil ADHD, namun sesetengah ada yang tidak mempunyai masalah perilaku hiperaktif namun mempunyai masalah untuk kurang memberi tumpuan dan mengambil perhatian. Malasah ini adalah berlainan dan disebut sebagai Attention Dificit Disoder (ADD).
Masalah kemurungan, kurang tidur, kurang upaya pembelajaran dan tingkah laku boleh dikelirukan sering mengganggu kanak-kanak ADHD. Tiap-tiap kanak-kanak yang disyaki mempunyai ADHD perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan sebab sebenar mereka berkelakuan begitu.
Kebanyakan kanak-kanak dengan ADHD juga mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kemajuan yang lain atau tingkahlaku. Mereka juga mungkin mempunyai masalah psikiatri seperti kemurungan atau gangguan bipolar.
Kanak-kanak yang menghidapi ADHD sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya adalah seperti berikut:-
1. Masalah sosial
Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berhadapan dengan masalah akademik.
2. Masalah keluarga
Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak-anak mereka.
Hal berikut pula adalah perkara yang disalahtafsirkan terhadap kanak-kanak ADHD:-
· Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain.
· Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis “petit mal”.
· Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali.
· Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan.
· Menghadapi masalah di rumah.
Rujukan Awal
◦ Ibu bapa membawa anak berjumpa doktor pakar diagnostik atau ahli psikologi.
◦ Guru juga boleh memainkan peranan dengan mengenalpasti masalah murid tersebut dan memberitahu ibu bapa.
Penilaian
◦ Untuk mengenalpasti kanak-kanak mempunyai tanda-tanda ADHD, ia tidak boleh bergantung kepada satu ujian sahaja. Maklumat perlu dikumpulkan daripada ibu bapa, ahli-ahli perubatan yang pernah merawat kanak kanak, ahli keluarga dan guru. Antara penilaian yang dibuat adalah seperti berikut:-
1. Penilaian Perubatan
Melakukan ujian penglihatan, pendengaran dan pemeriksaan
fizikal yang teliti.
Sejarah perkembangan kanak-kanak.
Keadaan ibu semasa mengandungkan kanak-kanak tersebut.
Pendapat kanak-kanak tentang persepsi mereka terhadap masalah yang dihadapi.
Maklumat tambahan daripada ibu bapa dan guru.
2. Ujian Pencapaian Berterusan
Direka bagi memerlukan kanak-kanak mengekalkan tumpuan untuk menjawab item-item ujian tersebut.
Antara ujian yang dijalankan adalah Integrated Visual and Auditory Continuous Test (IVA).
Test of Variables of Attention Continuous Performance.
3. Penilaian Ibu Bapa
Maklumat berharga yang diberi oleh ibu bapa, apabila anak mereka diuji untuk ADHD kepada doktor atau guru.
Ibu bapa perlu menjawab senarai semak Conner’s Parent Rating Scale-Revised dan Child Behaviour Checklist for Ages 4-18, menggunakan borang ibu bapa.
4. Penilaian Guru
Murid banyak meluangkan masanya bersama guru berbanding ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Guru pula mempunyai peluang untuk lebih mengenali dan mendapatkan maklumat daripada murid tersebut.
Guru perlu melihat bagaimana murid tersebut berperanan dalam persekitaran sekolah.
Guru juga perlu menjawab penilaian skala tingkahlaku seperti Conner’s Teacher Rating Scale-Revised.
Perilaku hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak yang menghidapinya. Hal tersebut adalah kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif. Mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD. Namun, punca sebenar masih belum dikenal pasti.
Menurut kajian perubatan, rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan juga boleh menjadi penyebab masalah perilaku hiperaktif kepada bayi selepas dilahirkan. Keputusan ujian telah menunjukkan kanak-kanak hiperaktif mempuyai tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal.
Selain itu, hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua, perubahan tempat tinggal, sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak sebegini biasanya akan bertindak di luar kawalan.
Perkara-perkara di bawah ini adalah senarai faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif :-
- Faktor keturunan.
- Kecederaan otak semasa dalam kandungan.
- Kembar, jika salah seorang dari pasangannya adalah ADHD. 80-90 peratus daripada kajian perubatan menunjukkan bahawa pasanganya yang lain juga akan mendapat hal yang sama.
- Masalah kesulitan dalam pembelajaran juga boleh membuatkan seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD atau hiperaktif kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami sesuatu yang dipelajari.
- Menonton televisyen.
- Alah pada makanan.
- Gula yang berlebihan.
- Keadaan hidup yang miskin.
- Sekolah bertaraf rendah.
Di samping itu, keadaan persekitaran seperti terdedah kepada asap rokok dan pencemeran udara boleh menyebabkan risiko hiperaktif. ADHD adalah gangguan tingkah laku yang paling sering didiagnosis kanak-kanak. Ia memberi kesan kepada kira-kira 3 – 5% daripada kanak-kanak sekolah warga tua. ADHD didiagnosis jauh lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
ADHD yang disebabkan oleh masalah keturunan masih belum jelas puncanya. Gejala ini lazimnnya terbentuk di fasa awal kehidupan ketika otak atau minda yang sedang pesat berkembang. Kajian pengimejan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak ADHD adalah berbeza daripada kanak-kanak lain.
Pada awal sesi pembelajaran, murid-murid akan terpengaruh dengan apa yang dikatakan sebagai Sindrom Kurang Daya Tumpuan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak mendapat perhatian ibu bapa kerana mereka beranggapan kanak-kanak ini sememangnya lemah dalam pelajaran dan bukannya mempunyai masalah lain. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka sepatutnya faham bahawa bukan semua kanak-kanak mampu meluahkan kesukaran yang mereka alami dan ini menjadi tugas ibu bapa untuk meluangkan masa bersama mereka dan kenalpasti apakah masalah sebenar yang mengganggu mereka.
Oleh itu, perlaksanaan diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenalpasti corak tertentu tingkah-laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkahlaku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.
Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multi disiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.
Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna kanak-kanak akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.
Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3 hingga 4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.
Kurang daya tumpuan boleh ditangani dengan berkesan melalui penggunaan suplemen tambahan herba semulajadi juga iaitu Memo Plus Gold. Apabila ibu bapa bercakap dengan anak-anak mereka dan menggalakkan mereka berfikir secara positif, sebenarnya mereka sudah menggalakan latihan yang dijalankan oleh ekstrak unik Brahmi dalam Memo Plus Gold. Dalam kata lain, kanak-kanak tahu kenapa suplemen ini diberikan. Dengan cara ini, kesan psikologi ubat tersebut akan lebih baik.
Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, psiko dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.
Selain itu, sindrom ini juga menunjukkan beberapa gejala lain seperti hiperaktif yakni tidak henti-henti bercakap, kegelisahan apabila duduk, bermain dengan setiap benda yang ada di sekeliling mereka iaitu sentiasa bergerak dan resah. Masalah berkaitan gerak hati merupakan satu lagi gejala bagi sindrom ini. Emosi yang tidak sesuai, komen yang tidak sopan, sukar untuk menunggu sesuatu, mengganggu perbualan dan banyak lagi merupakan tanda-tanda masalah gerak hati.
Jadi, adalah penting untuk semua ibu bapa mengetahui bahawa Sindrom Kurang Daya Tumpuan merupakan gangguan metabolik yang boleh dirawat melalui pemerhatian dan ubat yang sesuai. Memarahi atau tidak mengendahkan masalah ini tidak boleh membawa perubahan yang singkat. Sebaliknya, suplemen seperti Memo Plus Gold ini boleh mengekang masalah dan mengembalikan kanak-kanak tersebut kepada persekitaran yang lebih cekap dan lebih fokus. Setiap kanak-kanak di dunia ini pasti menjadi murid cemerlang berbanding kawan-kawan yang lain. Apabila sistem metabolik tidak dijaga dengan baik untuk satu jangka masa yang lama, kanak-kanak akan mula hilang minat dan semangat. Ibu bapa yang tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak setiap hari perlu menumpukan perhatian pada hujung minggu bersama mereka.
Dengan bantuan yang sewajarnya daripada ibu bapa, guru-guru dan para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak.
Selain itu, diet ataupun pemakanan yang betul perlu dijaga oleh setiap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak hiperaktif atau ADHD. Oleh sebab pemakanan yang betul memainkan peranan yang penting untuk kanak-kanak hiperaktif, mereka perlu dielakkan dari mengambil makanan yang manis. Di bawah adalah senarah makanan yang perlu dielakkan bagi kanak-kanak hiperakitf atau ADHD iaitu:-
- Coklat
- Gula-gula
- Susu
- Aiskrim
- Mentega
- Yogurt
- Tomato
- Jeruk
- Pisang
- Anggur Merah
- Epal
- Koko
Kanak-kanak hiperaktif ADHD memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mempunyai gluten. Hal tersebut akan mengurangkan perilaku hiperaktif kanak-kanak tersebut. Di bawah adalah senarai makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak hiperaktif ADHD:-
- Nasi
- Ubi
- Jagung tetapi bukan jagung manis
- Ubi kayu
- Pati jagung
- Mee
- Gandum
- Roti
- Spaghetti
- Kek kurang gula
- Biskut
Kanak-kanak hiperaktif (ADHD) juga perlu mengambi makanan yang mengandungi protein tanpa kasien. Makanan tersebut adalah:-
- Daging
- Telur
- Kerang
- Tauhu
- Tempe
- Kacang
Kanak-kanak yang meghidapi ADHD hendaklah mendapatkan rawatan. Sekiranya mereka tidak mendapatkan rawatan awal dan selanjutnya, kemungkinan besar mereka akan menghadapi pelbagai masalah seperti berikut:-
Kesan masalah mental
• Kanak-kanak tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan seperti orang lain.
• Berisiko hilang minat untuk belajar iaitu mereka mungkin akan mengalami keciciran dalam
pembelajaran.
• Berisiko untuk ponteng sekolah dan berkemungkinan dibuang sekolah.
• Cepat terpengaruh dengan kawan untuk mencuba sesuatu yang melanggar peraturan seperti
merokok dan mengambil dadah.
• Suka melawan, membantah dan kurang memberi kerjasama dengan orang dewasa.
• Mereka menggunakan kekerasan dan ugutan untuk mendapat apa yang diingini.
• Berisiko untuk lari dari rumah.
• Berisiko tinggi bertindak agresif atau terbabit dengan aktiviti seksual.
• Emosi berubah menjadi murung, sedih dan cepat marah.
• Bersama dengan perubahan emosi, mereka sering memiliki pemikiran negatif terhadap diri sendiri dan alam sekitar, merasakan diri tidak berguna, hilang harapan dan rasa bersalah. Mereka juga sering menyalahkan diri sendiri atau orang lain. Apabila sampai ke tahap ini, mereka boleh bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.
• Berfikiran tiada gunanya untuk hidup.
Kelakuan
• Guru atau rakan sekolah mengadu kanak-kanak itu tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak, meninggalkan tempat duduk, bercakap ketika guru mengajar atau mengacau orang lain.
• Hiperaktif, gelisah, tidak boleh dududk diam melainkan ketika menonoton televisyen atau bermain komputer.
• Sentiasa tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap orang lain.
• Membuli dan sering menggunakan kekerasan.
• Sering dibuli.
• Sukar berkawan.
• Mudah marah dan bertindak agresif. Sebagai contohnya menjerit, membaling atau memukul.
• Berlaku perubahan dalam corak pemakanan atau tidur.
• Hilang atau kurang tenaga dan tiada motivasi.
• Hilang atau kurang minat pada persekolahan atau aktiviti yang dulunya digemari.
• Makan terlalu banyak atau sebaliknya iaitu membuang, menjauhi atau takut untuk makan.
Emosi
• Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau cemas.
• Muka dan perasaan muram serta sentiasa menangis.
• Cepat marah dan hilang kawalan diri.
• Berasa bingung, tertekan, susah hati dan tidak gembira.
• Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi buruk dan bersedih.
• Sukar menumpukan perhatian dan tidak boleh berfikir dengan betul.
• Sentiasa berfikiran negatif, hilang keinginan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah.
• Mengadu sudah disentuh oleh orang lain dan sentiasa berasa tidak selesa serta tidak dapat melupakan kejadian itu.
• Takut gemuk dan mulai mengelak makanan.
Akibat daripada tingkahlaku yang berbeza ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD akan menyebabkan terganggu proses pertumbuhan dan secara tidak langsung mengganggu kanak-kanak lain untuk belajar. Oleh itu, guru-guru perlu beri lebih perhatian kepada kanak-kanak ADHD semasa rutin kelas. Amalan pendidikan untuk kanak-kanak ADHD perlukan adalah mendapat sokongan moral dari peringkat awal daripada ibu bapa, guru, sokongan persekitaran, tingkahlaku dan proses pertumbuhan dan pembesaran serta lain-lain yang membantu.
Peranan ibu bapa
Bureau on Learning Disabilities (BOLD) menetapkan 10 prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka yang menghidapi ADHD iaitu:-
1. Beri anak maklum balas dengan serta-merta.
2. Beri maklum balas dengan kerap.
3. Hasil daripada tingkahlaku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat seperti hukuman.
4. Gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman.
5. Hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan.
6. Lebih banyak bertindak dan bukannya bercakap.
7. Elakkan krisis tetapi merancang untuk menangani masalah.
8. Sentiasa ingat bahawa anak-anak tidak dapat mengelak daripada masalah kerana ADHD adalah satu ketidakupayaan.
9. Ingat bahawa ini bukan salah ibu bapa dan bawa bertenang.
10. Sentiasa bersifat pemaaf dan lenyapkan kemarahan serta kekcewaan setiap hari.
Peranan guru
1. Pengetahuan yang luas dalam ADHD untuk membolehkan p & p dilaksanakan dengan berkesan.
2. Kemahiran mengurus tingkahlaku dapat mengawal dan membentuk tingkahlaku murid ADHD.
3. Guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi salurkan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka bagi menyusun strategi p & p.
Sokongan persekitaran
Kanak-kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut:-
1. Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian.
2. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan.
3. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan mereka sekiranya terdapat sebarang perubahan.
4. Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.
Intervensi tingkahlaku
Dilaksanakan oleh guru iaitu:-
1. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkahlaku yang diingini.
2. Strategi pencegahan iaitu menghentikan tingkahlaku yang tidak sesuai ketika permulaan.
3. Token ekonomi iaitu dengan memberi ganjaran dalam bentuk seperti sticker, bintang dan lain-lain yang mempunyai nilai ekonomi untuk ditukarkan dengan barang yang disukai.
Intervensi pengajaran
1. Arahan yang diberikan hendaklah jelas, ringkas dan lengkap.
2. Apabila memberi arahan minta murid mengulang arahan tersebut kepada ibu bapa.
3. Pecahkan tugasan yang kompleks kepada bahagian kecil.
4. Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran.
5. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran.
6. Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran.
Kurikulum
1. Murid berkeperluan khas ditempatkan dalam Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Rendah dan Menengah.
2. Pelaksanaan adalah fleksibel mengikut keupayaan pelajar.
3. Pengajaran guru telah disesuaikan mengikut tahap kemahiran, motor kasar dan halus, keupayaan berkomunikasi.
4. Bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum, sukatan pelajaran PKBP telah menggabungkan antara sekolah rendah dan menengah.
5. Dengan itu, guru dan ibu bapa dapat melihat peningkatan pencapaian yang baik apabila murid mengikuti sukatan matapelajaran pada tahap yang lebih tinggi lagi.
ADHD biasanya 8 hingga 10% dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak-anak mereka mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan.
Pakar pediatrik berkata, kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.
Bagi membantu kanak-kanak ADHD, ibu bapa dan anak-anak juga perlulah sama-sama menghadapi masalah ADHD ini bersama. Kanak-kanak ADHD digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti tarian, muzik sukan dan lain-lain. Kanak-kanak ADHD juga tidak boleh berdiam diri dalam satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, mereka hendaklah cuba merancang pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik perhatian kanak-kanak tersebut supaya mereka tidak berasa bosan dan tertekan. Selain itu, ibu bapa dan kanak-kanak ADHD juga boleh menyertai kelas yoga yang mana boleh menenangkan minda dan badan.
Kanak-kanak ADHD bukan sahaja perlu diberi kaunseling di rumah, tetapi juga di sekolah. Ibu bapa perlu memaklumkan hal tersebut kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah boleh mengambil langkah sewajarnya untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Guru juga perlu memainkan peranan dalam mendidik kanak-kanak ADHD kerana didikan ibu bapa di rumah ternyata tidak mencukupi kerana sebahagian besar masa kanak-kanak kini dihabiskan di sekolah. Dalam pada itu, yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa masalah ini turut dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah personaliti yang terkenal. Pendek kata, ibu bapa dan kanak-kanak tersebut perlu berganding bahu untuk menghadapi masalah ini dan sama-sama saling menyokong dan bekerjasama.
Kajian menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan kanak-kanak ADHD juga kebanyakannya kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, mereka cenderung untuk merasa rendah diri dan terasing daripada rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan membantu mereka untuk membina keyakinan diri. Sebagai contohnya, cuba galakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati berbanding memaksa mereka untuk belajar sesuatu yang tidak disukai. Ibu bapa hendaklah mengenal pasti kecenderungan minat anak-anak mereka. Setiap ibu bapa pasti mempunyai impian untuk melihat anak-anak berjaya. Namun, jika impian tersebut tidak kesampaian, janganlah berputus asa kerana anak-anak tersebut sangat memerlukan sokongan mereka.
Kesimpulannya, kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti kanak-kanak lain. Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah. Kecelaruan tingkahlaku perlu dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan punyai pengetahuan tentang ADHD dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak- kanak ADHD kelak.