Berdasarkan Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai.
Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan
pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang
individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan
persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai
kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir
dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini
berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena
yang abstrak.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak
pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat
manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ
melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas).
Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam
bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa kepintaran seseorang
kanak-kanak boleh dilihat melalui beberapa
kebolehan iaitu:-
1.Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan
sesuatu perkataan; kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing.
2.Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab
dalam sesuatu hal atau perkara.
3.Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan
persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi,
kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual.
4.Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran
melakukan koordinasi motor.
5.Kemahiran
muzikal.
6.Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori
auditori.
7.Interaksi
sosial (interpersonal skills).
8.Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
9.Hubungan
dalaman (intrapersonal).
No comments:
Post a Comment