Monday, July 8, 2013

Mari Belajar Simpulan Bahasa (Ayam)...

Simpulan Bahasa merupakan salah satu keunikan Bahasa Malaysia....Mari kita belajar Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan ayam dulu...

1. Kaki ayam- Tidak memakai kasut.
Contoh ayat:- Kami berkaki ayam apabila berjalan di tepi pantai.

2. Cakar ayam- Tulisan yang buruk.
Contoh ayat:- Tulisan doktor seperti cakar ayam.

3. Tidu-tidur ayam- Tidur yang tidak nyenyak.
Contoh ayat:- Nasib baik ayah hanya tidur-tidur ayam pada malam itu kerana pencuri cuba memasuki rumah kami.

4. Ajak-ajak ayam- Ajakan yang tidak benar.
Contoh ayat:- En. Nadim hanya ajak-ajak ayam makan di kedai itu.

5. Ayam tambatan- Seseorang yang menjadi harapan.
Contoh ayat:- Hakimi menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak di sekolahnya.

6. Bapa ayam- Orang yang menjadi ketua dalam perniagaan pelacuran.
Contoh ayat:- Dia ialah bapa ayam di kawasan Bukit Bintang.

7. Ayam andal- Ayam yang selalu menang.
Contoh ayat:- Ayam yang dipelihara oleh Rahimi ialah ayam andal.

8. Rabun ayam- Rabun pada waktu malam.
Contoh ayat:- Suhaila tidak boleh memandu pada waktu malam kerana dia rabun ayam.

No comments:

Post a Comment