Tuesday, July 9, 2013

Mari Belajar Simpulan Bahasa (Kerbau)..

Hai adik-adik....Harini kita akan berkongsi Simpulan Bahasa tentang kerbau pula...

1. Mandi kerbau- Mandi yang tidak bersih.
Contoh ayat:- Pada waktu pagi, Sham selalu mandi kerbau kerana dia takut sejuk.

2. Kerbau pendek- Babi.
Contoh ayat:- Saya terserempak dengan kerbau pendek di dalam hutan itu.

3. Kerbau turun berendam- Waktu lebih kurang pukul 5 petang.
Contoh ayat:- Mereka selalu pulang dari pejabat pada waktu kerbau turun berendam.

4. Bunting kerbau- Hamil sampai 10 bulan.
Contoh ayat:- Ibu Amira bunting kerbau dan terpaksa melahirkan adiknya melalui pembedahan.

1 comment: